• Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Sunday, May 27, 2012

~Bila hati berkata sesuatu~

| 0

~ 
"Bila hati berkata"

bila cinta kerana ALLAH,,,
berpisahnya tidak gelisah,,,,
biLA rindu pada yang satu,,,,,
bertemunya pasti tidak jemu....
ukhwah itu indah bila semuanya kerana ALLAH~~


Bila hati berkata

Tak semua kita mahu berkata dengan jelas di depan mata.
kerana hati.
menjaga hati.
akhirnya terluka hati.

Mengapa?
kerana hormat
kerana kasih
dan
kerana sayang

Terkadang itu keperluan berkata terpaksa dilakukan
yang pasti perlu melalui tahap tapisan air mineral berkuasa dan berteknologi nano.

ya
benar- benar halus
dan
berulang.

tapi.

adakah setelah bersuara
kita akan dapat hasil yang diharapkan?

kalau ya
mujur

berusahalah untuk menapis segala
walaupun segala rasa terkumpul di hati
ya
mahu menangis,
menangislah
asal kita seboleh mungkin tidak mengguris hati orang lain

tapi
ada ketikanya juga
kita perlu mengajar insan yang kita hormat, yang kita kasih dan kita sayang itu supaya sama- sama menjaga hati bila berkata...

supaya dia tahu menghargai setiap kata yang kita hulurkan.

kita tak mahu melukai
dan
kita juga tak mahu dilukai setelah cuba sehabis mungkin untuk tidak melukai orang lain

hargai lah
cuba
pesanan untuk kita semua sesama sendiri.

ya pedih
pedih bila kita berbahasa
tapi
kita yang terasa... ^_^ ..



Thursday, May 17, 2012

~terukir di bintang~~

| 0




Jika engkau minta intan permata 
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia 
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu 
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan.. kamu…
Sayangku jangan kau 
Persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang 
cintaku padamu…
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan.. kamu…
Sayangku jangan kau  
Persoalkan  siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang 
Cintaku padamu…
Sayangku jangan kau
Persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang 
Cintaku padamu…
Terukir di bintang tak mungkin hilang 
Cintaku padamu…

~jgn bersedih~

|






| 0

 selamat hari guru! .. ^.^  selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya kepada cikgu2 sye...jasamu tidak ku lupakan..hehe

Sunday, May 13, 2012

~sihir-Rosak Hati~

| 0

Dalam diri setiap anak Adam, Allah SWT telah kurniakan dengan 1001 perasaan. Perasaan-perasaan ini pula bersifat batiniah dan letaknya di dalam hati. Salah satu perasaan itu adalah rasa kasih mengasihi. Tarikan rasa ini boleh berlaku antara sesama manusia, makhluk-makhluk lain dan tentunya rasa cinta terhadap Maha Pencipta. Dengan rasa inilah manusia boleh hidup dengan penuh harmoni kerana berhubungan baik dengan manusia dan juga dengan Allah SWT.
Namun begitu, syaitan tidak pernah terlupa walau sesaat dalam menjalankan peranannya. Sudah namanya pun musuh manusia, segala kebaikan dan keharmonian yang melingkari kehidupan umat manusia, akan dipastikan suasana itu dicemari dengan perasaan yang sedikit demi sedikit mampu mengetarkan perhubungan sedia ada. Mereka sentiasa mencari ruang bagi menimbulkan rasa cemburu, iri hati atau jatuh menjatuhkan antara sesama manusia.
Bagi manusia pula, apabila urusan hati itu gagal diurus dengan sempurna, tanpa disedari'sihir-sihir' halus mudah dihembuskan ke ruang hati. Dari situlah rasa kasih dan sayang dan saling menghormati yang selama ini menjadi prinsip dalam menjalinkan perhubungan dengan orang lain, mudah sahaja tergadai walau hanya berlaku sedikit salah faham.
Lihatlah apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Bukan sedikit laporan berita memaparkan kes-kes jenayah dilakukan angkara dengki dan dendam. Berapa ramai wanita di luar sana yang terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup gara-gara disimbah asid oleh lelaki yang berdendam kerana cintanya tak berbalas. Juga kisah ibu bapa yang dilayan bak'pengemis tua' oleh anak-anak sendiri yang menyimpan dendam kerana dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan suatu masa dahulu.
Bukan itu sahaja, angkara dendam jugalah soal nyawa bagaikan menjadi mainan. Kasihan bagi mereka yang menjadi mangsa-mangsa si pendendam ini. Kadangkala mereka sendiri tidak tahu kenapa diperlakukan sebegitu rupa. Sedangkan si pendendam pula sedang bergembira kepuasan. Walau hakikat sebenarnya mereka sedang bergelut dengan diri sendiri yang pastinya tidak akan berkesudahan, biar apa pun yang sudah mereka lakukan!
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (Surah An-Nisa, Ayat: 32).

Saturday, May 12, 2012

| 0


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.






"Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air."

Friday, May 11, 2012

~ ^__^ ~

| 0
"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."





"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).